festival & kejohanan pencak silat terbuka IPT dan jemputan ANTARABANGSA

October 11, 2012

PERLAWAN PERSAHATAN BERSAMA USIM




Ahli-ahli yang terlibat


Pada 21 April 2012 yang lalu, Kelab Pencak Silat UKM telah mengikuti satu perlawanan persahabatan yang telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini juga turut disertai oleh 3 IPT lain yang terdiri daripada pasukan tuan rumah iaitu USIM, UIA dan KPTM.

Program pada kali ini telah melibatkan 18 orang atlet Kelab Pencak Silat UKM yang terdiri daripada 9 orang putera dan 9 orang puteri dan diiring oleh jurulatih, En. Azman Mat Zin.

Setelah menempuh lebih kurang 1 jam perjalanan, akhirnya kami smpai ke USIM. Selepas menyiapkan tempat berkumpul, maki teruskan dengan aktiviti pemanasan badan sebelum para atlet dipanggil untuk taklimat. Jurulatih kami telah diberi penghormatan untuk memberi taklimat kepada para peserta sekaligus menjadi wasit bersama-sama jurulatih IPT yang lain sepanjang perlawanan berlangsung.

Program pada kali ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa orang atlet yang mengalami kecederaan. Program seperti ini wajar diadakan kerana bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah denagn IPT-IPT lain, tetapi juga dapat mengasah bakat para atlet di samping menambah ilmu-ilmu baru.


Latihan pemanasan badan



para atlet kusyuk mendengar taklimat



Jurulatih kami a.k.a Abg Man sebagai wasit..
Akhir kata, "Majulah Pencak Silat Untuk Negara"~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih