festival & kejohanan pencak silat terbuka IPT dan jemputan ANTARABANGSA

August 30, 2009

KURSUS PEMANTAPAN GERAK SENI JURUS WAJIB UKM & PERSAHABATAN KOLEJ

pada 14-16 hb ogos 2009 lepas telah diadakan KURSUS PEMANTAPAN GERAK SENI JURUS WAJIB UKM 2009 bertempat di Bilik Seminar, Kolej Keris Mas. Kursus ini diadakan bertujuan untuk mengajar kebenaran gerak rinci jurus wajib kepada pelajar baru bagi mewakili kolej masing-masing pada SUKEM yang akan datang. Ia juga bertujuan untuk mencari bakat baru bagi pelapis yang bakal mewakili UKM kelak. Kursus ini telah disertai oleh 5 kolej kediaman antaranya ialah:

-Tun Hussien Onn(KTHO)
-Kolej Dato' Onn(KDO)
-Kolej Rahim Kajai(KRJ)
-Kolej Aminudin Baki(KAB)
-Kolej Keris Mas(KKM)

selain itu pada 16 hb Julai pagi diadakan perlawanan pesahabatan antara kolej kediaman bagi silat olahraga. Ia juga bertujuan untuk memberi gambaran dan pengalaman awal kepada pelajar baru tentang silat olahraga dan juga situasi perlawanan sebenar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih