festival & kejohanan pencak silat terbuka IPT dan jemputan ANTARABANGSA

January 26, 2011

Berakhirnya Taming Sari III UKM 2011

Salam pencak silat.

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar, hampir 3 minggu Festival dan Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa Taming Sari III UKM 2011 telah berlangsung dengan jayanya hasil sokongan dan usaha daripada semua pihak. Walaupun ada sedikit kepincangan berlaku dalam hal pengurusan kejohanan, namun semua dapat ditangani dengan baik. Tahniah kepada semua urusetia yang berusaha! InsyaAllah.. Akan ada penambahbaikan pada Taming Sari IV dan seterusnya nanti. Mudah-mudahan.

Taming Sari III ini adalah kesinambungan hasil daripada kewujudan Taming Sari I dan II yang dilhamkan oleh Coach Silat Olahraga UKM, bersama alumni atlet pencak silat UKM.

Jika ditelusuri sejarah kejohanan ini yang baru sahaja diwujudkan, pada Taming Sari I dahulu penyertaan dari segi pasukan hanyalah pasukan daripada IPTA. Namun, penambahbaikan pada Taming Sari II dilakukan dengan jemputan penyertaan daripada IPTS dan MSN (sukma test). Kali ini, Taming Sari III pula menonjolkan beberapa pasukan dari luar Malaysia, antaranya adalah Persekutuan Silat Singapura (PERSISI), Universiti Al-Azhar Indonesia dan Yala Sports School, Thailand.

Kemeriahan pada Taming Sari III ini lebih terasa berbanding Taming Sari yang lepas kerana penyertaan pasukan yang ramai. Ada 33 pasukan yang bersama-sama menyahut cabaran taming sari termasuk UKM sendiri yang menghantar 3 pasukan untuk bertanding. Antara pasukan yang menyertai adalah:

Kategori IPT

1. UiTM Malaysia
2. UiTM Johor
3. UiTM Pahang
4. UiTM Perlis
5. PUO
6. PSA
7. PKB
8. UTP
9. UM
10. UPSI
11. UMS
12. USIM
13. UPNM
14. UIA
15. UNISEL
16. KPTM Bangi
17. Institut Profesional Baitumal
18. MASKOM
19. Persekutuan Silat Singapura (PERSISI)

Kategori Jemputan
1. ATM
2. TLDM
3. Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
4. Persatuan Silat Seni Gayung Fattani Malaysia (PSSGFM)
5. MSN Labuan
6. Yala Sports School, Thailand
7. MSN Negeri Sembilan
8. Universiti Al-Azhar Indonesia
9. Persekutuan Silat Singapura (PERSISI)
10. Gayong Melaka Tengah
11. UPNM


Juara keseluruhan untuk kategori Terbuka IPT dimenangi oleh UiTM Malaysia. Kedua, pasukan MASKOM dan ketiga,pasukan UKM B.

Juara Keseluruhan untuk jemputan pula ialah Persekutuan Silat Singapura (PERSISI).

Bagi atlet UKM, kejohanan kali ini menyedarkan mereka untuk lebih gigih berusaha untuk mencapai kejuaraan yang dahulunya atlet alumni berjuang untuk kekal sebagai juara sepanjang Taming Sari I dan II. Namun, kali ini atlet UKM harus akur pada kemenangan pasukan UiTm Malaysia dan pasukan MASKOM. Cabaran yang terdekat bagi atlet UKM ialah MASUM hujung bulan Mei ini. Berusaha, gigih, berjuang!!

Lagi berita tentang atlet UKM, boleh baca [sini].

InsyaAllah.. Buat semua pasukan, nantikan kemunculan Taming Sari IV yang bakal menggegarkan arena pencak silat dengan jangkaan penyertaan dari hampir seluruh IPT di Malaysia, Majlis Sukan Negeri-negeri dan pasukan luar negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, India, Afrika Selatan dan beberapa buah negara lain. InsyaAllah..

Pasukan mana pula bakal muncul sebagai juara dengan hadiah wang tunai yang meningkat nilainya??

Cabaran menjunjung anugerah Pesilat Terbaik? Siapakah yang mampu?

Halangan menggapai anugerah Pesilat Harapan? Siapakah yang berjaya?

Bersedialah daripada sekarang wahai atlet pencak silat UKM, sesungguhnya seruan MASUM dan Taming Sari IV melaung-laung!

Pesilat.. pasanggg.. MULAIII!


kamilah pesilat, kamilah urusetia.






tempur putera UKM.



juara regu putera UKM. tonggak harapan UKM

geng otai kelab Pencak Silat UKM


Coach silat seni, Shahirul (Along)


Coach utama, Azman Mat Zain (abg Man)

Pesilat Terbaik Taming Sari III



Lagi gambar, boleh lihat [sini]. Tempahan juga boleh dilakukan.

3 comments:

  1. menci.....knapa musti ada gmbo paan yg dtemani kaen yg canteq itu........cess......hoho

    ReplyDelete
  2. hahahaha. gambo tu je yg ada. hukhuk. ikutkn hati, memg dengki x nk letak. tp cm terpaksa je. hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih